Monday, April 11, 2011

Hakikat ukhuwah

assalamualaikum..

Pe khabar sahabat2 sekalian..
marilah kita merenung diri kita sebentar dengan Firman Allah s.w.t.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌٌ
“Hanyalah orang-orang beriman yang memiliki ukhuwah”. (Al-Hujurat:10).

bahawasanya ukhuwah yang benar adalah apabila kita bersahabat adalah kerana Allah bukannya atas kepentingan tertentu . pada masa kini, ramai yang bersahabat tetapi ianya bertujuan demi mencapai matlamat2 tertentu , seperti contoh demi kepentingan harta benda , pengaruh , dan sebagainya.

Sahabat2 sekalian..
Dan Nabi saw bersabda :

الْمُسْلِمُ أَخو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ، وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَلاَ يَخْذُلهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ
“Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya, tidak boleh menzhaliminya, tidak membiarkannya, tidak merendahkannya dan menghinakannya”. (Muttafaq alaih).

Dan Nabi saw juga bersabda:
مَثَل الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كمَثَل الْجَسَدِ الْوَاحِدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jikasalah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan begadang”. (Muttafaq alaih)

oleh itu sahabat2 , dalam persahabatan , janganlah kita saling dengki mendengki , benci membenci , malah lahirkanlah dalam jiwa kita sifat yang penuh kasih sayang terhadap sahabat2 kita. Berilah senyuman yang penuh Ikhlas , kerana itu adalah Ibadah , malah mendapat pahala lagi.

ayuhlah kawan2 , kita ubah kepada yang lebih  baik..mahupun sifat seperti ini kita tidak sedar bahawa ia sudah pun jinak dengan diri kita . marilah kita mencari keredoan dan ketenangan dari Ilahi , kerana jika kita jauh darinya kita akan merasakan pada seketika waktu keresahan dalam jiwa , bosan , macam nak wat maksiat dan sebagainya.Ini kerana jiwa2 kita renggang dengan Allah s.w.t...Janganlah sahabat2 semua bimbang , Tuhan itu Maha Penerima Taubat..Berdoalah padanya dengan penuh keikhlasan..




sedikit coretan dari saya...Salam semua..mudah-mudahan mendapat syafaat dari Allah.Moga2 sahabat2 dapat membawa sahabat yang lain ke arah kebaikan semestinya disitu terdapat dugaan..hayatilah bahawa dugaan itu adalah tarbiyah bagi kita..Insya..sama-samalah kita berdoa..Amin..

2 comments:

Popular Posts

situasi..