Monday, November 28, 2011

IndahnYa Tarbiyah

Dakwah dan tarbiyah tidak memerlukan kita , tapi kita amat memerlukannya.
Hargailah sekiranya kita mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t kerana tanpa rahmat darinya mungkin kita akan terus hanyut ..dibuai mimpi indah didunia , ketahuilah dunia ini penjara bagi orang-orang yang beriman dan taman bagi orang yang lalai .
Wahai sahabatku..fahamilah,proses tarbiyah ini sememangnya memerlukan masa yang sangat panjang..bersabarlah dalam setiap dugaan..kerana di situlah lahirnya kekuatan pada dirimu . Jauhilah sifat putus asa,lemah,malas..sekiranya kita yakin tarbiyah ini sememangnya akan melalui pelbagai rintangan , serta panahan2 syaitan yang sentiasa menusuk..bertarunglah dengan nafsumu yang selama ini telah bertapak amat lama dalam jiwamu..jika engkau Berjaya..maka engkau adalah insan yang amat luar biasa..yakinlah dan cubalah memahami sedikit demi sedikit..kerana itulah langkah perubahan kearah yang lebih baik.
Wahai sahabatku..
Janganlah kau tangisi kesilapan yang sudah berlalu..biarkan ia berlalu pergi..tetapi!!belajarlah dari kesilapan itu dan munculkan dirimu sebagai watak yang mampu mengubah segalanya kembali pulih..dari kesucian hatimu , keazaman untuk berubah , istiqamah dalam ibadatmu..dan yang paling penting..kekalkan hubungan yang lebih akrab dengan Allah..sesungguhnya Dialah yang lebih mengetahui segalanya..dialah yang mampu untuk menenangkan jiwamu didalam keresahan dunia yang fana ini..
Wahai ikhwah sekalian..
Hargailah tarbiyah ini..teruskanlah melangkah ke depan..ingatlah!!sesungguhnya kau akan diuji dengan pelbagai keadaan dan suasana yang akan menggerakkan keresahan hatimu..oleh itu..dengan keimanan kuat dalam jiwamu..yakinlah bahawa kita ini hidup sebagai benih yang sangat subur..kenapa pulak dikaitkan dengan benih ni????
Kita ibarat benih yang sangat bernilai..walaupun kita dicampakkan ke merata tempat , dipersada dunia..kita akan bercambah dengan baik , malah lebih subur dan cantik..kita juga mampu untuk menghasilkan buah yang cantik , sedap dan membawa kepada keuntungan yang besar!!!!hebatnya jika kita sedar dari awal hakikat ini!!tapi…jangan tapi2..teruskan kerana setiap manusia telah ditetapkan baginya..bersyukurlah atas nikmat ini..katakan pada diri, seolah-olah tidak ada esok bagimu , lalu dengan rasa itulah kita bekerja tanpa bertangguh-tangguh. Tidak ada hari esok!!tidak ada tangguh..itulah semangat para sahabat Rasulullah s.a.w..
Dan hayatilah firman Allah ini..
“Allah cinta kepada orang yang bertaubat”
Akhir kata..kita bergerak di landasan mujahadah, dalam daerah TARBIYAH. Tutup rapat pintu hatimu daripada serangan prasangka yang melulu. Inilah hakikat mujahadah , selagi niat kita ikhlas dan tidak khianat,kita akan dproses dan terus diuji. Jadilah seperti benih yang subur itu..pejuang sejati tetap terbilang walau terbuang!!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

situasi..